Total Pageviews

Wednesday, February 22, 2012

Mentua Paksa Langkah al-Quran

Mohd Ikmal Hakimie Abdullah, 32 tahun dipaksa melangkah al-Quran di depan pintu utana rumah mertuanya selepas dipaksa berbuat demikian oleh keluarga mertuanya yang beragama Islam..

Beliau dipaksa melangkah al-Quran kerana dituduh mertuanya mengamalkan ilmu sihir dan syarat untuk mendapatkan kembali isteri dan anak-anaknya..

Syarat pelik itu bermula pada tahun 2008 ketika dia pergi ke rumah keluarga mertuanya untuk menjemput isteri dan anak anaknya yang melarikan diri dari rumah mereka di Sematan.

Kejadian tersebut disaksikan oleh dua penduduk kampung di Trusan termasuk seorang yang berbangaa Cina.

Beliau dipaksa melangkah al-Quran untuk membuktikan bahawa beliau tidak mengamalkan ilmu sihir..

- apa reti molah org kedak ya.. Betol bagu malu agama jak. Nak dipadah bodoh, otak nang dah diletak dalam kepala.. Hurm.. Cukup la suruh nya ngucap 2 kalimah.. Paksa langkah al-Quran betul nambah dosa kompun.. Apa jak la.. -

~.~' kotan ko kuat gilak agama alu songsang kepercayaan ko jadi karut.. Huh..

Monday, February 20, 2012

Lelaki kecewa zakar dipotong fail saman RM1.4j

LONDON: Seorang lelaki yang kecewa kemaluannya terpaksa dipotong selepas menghidap barah zakar memfailkan saman terhadap sebuah hospital kerajaan menuntut ganti rugi lebih £300,000 (RM1.4 juta) berhubung tuduhan doktor gagal mengenal pasti penyakit itu.

Boguslaw Faber, 50, cedera ketika bekerja apabila terjatuh ke atas tiang tajam. Namun selepas mendapatkan rawatan perubatan, dia mendakwa doktor di Hospital Diraja London terlepas bukti dia menghidap barah zakar. Dalam writ Mahkamah Tinggi, Faber mendakwa doktor tersilap membaca biopsi dan secara salah merumuskan dia menghidap penyakit kulit, bukannya penyakit yang jarang berlaku itu. Beliau mendakwa disebabkan kecuaian doktor, penyakit berkenaan dibiarkan merebak beberapa bulan.



Faber terpaksa menjalani pembedahan menyakitkan untuk membuang sebahagian zakarnya sebelum ia dibentuk semula. Beliau juga memerlukan dua lagi pembedahan selepas kakinya bengkak dan sudah pun menjalani pembedahan membuang sebahagian tiroid. Faber, yang berpindah ke Britain dari Poland pada tahun 1994, menuduh Firma Bart and London Hospital, yang mengendalikan institusi berkenaan, cuai.

Dia mendakwa, jika keadaannya didiagnos dengan sempurna pada peringkat awal, dia boleh dirawat dengan cara kurang menyakitkan. Faber juga berkata dia boleh mengelak zakarnya dipotong dan dibentuk semula. “Doktor gagal mengambil biopsi dengan segera, gagal mengesyaki saya menghidap barah dan gagal mengulangi pengambilan biopsi dengan cepat walaupun saya mengalami kesakitan teruk,” katanya.

Menurut fakta dalam samannya, Faber cedera ketika bekerja pada April 2008. Selepas mendapatkan bantuan perubatan, beliau dibenarkan keluar tetapi kembali ke hospital selepas kesakitan tidak surut selepas tiga bulan. Beliau diberi antibiotik berulang kali di klinik urologi hospital itu tetapi apabila ia tidak berkesan, dia diberi rawatan anti-kulat hampir setahun.

Selepas pakar bedah membincangkan masalahnya, cadangan seorang doktor wanita supaya pembedahan dilakukan kerana zakarnya tidak sembuh seperti yang dijangka, ditolak oleh pakar bedah kanan. Mereka menegaskan masalahnya disebabkan jangkitan. Faber kemudian kembali ke Poland dan diberi amaran oleh dua doktor mengenai risiko barah dan meminta dia menjalani satu lagi biopsi. – Agensi

Sunday, February 19, 2012

Makan Ludah Penyelia Asrama

KEPALA BATAS: Gara-gara berbual dengan rakan, seorang pelajar sebuah sekolah agama bantuan kerajaan dekat sini, bukan saja ditampar pipinya dan diarah melakukan ketuk ketampi sebanyak 200 kali, malah mendakwa diludah ke dalam mulut sebagai hukuman.

Hukuman dianggap keterlaluan itu didakwa dilakukan penyelia asrama sekolah di Lahar Minyak, dekat sini, pada jam 11 malam, 10 Februari lalu.
Berikutan tindakan luar batasan itu, bapa pelajar berkenaan, Helmi Ismail, 37, dari Permatang Kuang, di sini, kesal dengan hukuman penyelia asrama terbabit.

Beliau menyifatkan tindakan penyelia berkenaan sebagai penghinaan kepada anaknya, Muhammad Huzaimie, 13, selain mengambil alih kuasa warden asrama dan guru disiplin.


Menurutnya, anaknya dikatakan melakukan kesalahan apabila berbual dengan dua rakan, Asri Elias dan Ammar Shahidan yang juga berusia 13 tahun dalam bilik asrama.

- mun nak manas pun iboh gya gilak bah.. Awak ya tenaga pengajar warden asrama gik ya.. Dah diberi amanah oleh ibu bapa k jaga anak anak cdak nya.. Apa jak la perangey kedak ya.. Ukong jong awak ya dah tua dipadat org dengan taik kedirik kelak -

Saturday, February 18, 2012

Mari belajar

Mari belajar bahasa Malaysia
(dari org org kita yg coba ngelakar Malaya)

- eh hari dah lewat malam ni, sayer mupok dulu yer -
- adik, adik ada tak jual baju melayu bergeru? -
- hati hati berjalan tu yer. Nanti terusu terpangkak jerayer pulak -
- eh jalan tu tengok jerayer. Banyak tahi puse kat jalan tu -
- yer saya kat sini tuan, tengah menetak manok ni. -
- tuan saya lambat sikit.. Yelah jeraya ni tengah jem la tuan. Merinsak rasa saya nak driving ni.
- salut la air dalam baldi tu. nanti membazir.
- kak kak, jalan nak g seksyen 15 masok arah kerek ka kanan?
- siapa membuang uras di tengah jalan tu? Pengotor kali jak.
- hati hati jalan k.. Terpelecok nanti..
- udah udah la gadoh tu.
- mana awak beli manok panggang tu?
- saya sik biasa la jalan - jalan di kL ni..
- nanti saya nunggu awak di baroh sana..
- jangan berolah.. Saya cekak geru awak nanti..
- .... Sila lah sambung sambung

Friday, February 3, 2012

Lelaki Paksa Teman Wanita Pakai Cawat Besi

SEORANG lelaki di China dilaporkan memaksa teman wanitanya memakai cawat besi yang mempunyai kunci.

Lelaki yang dikenali dengan nama keluarga, He yang berusia 29 tahun itu mula memaksa teman wanitanya yang di kenali sebagai Xiao Tian memakai cawat besi berkunci itu Ogos lalu apabila dia mengesyaki teman wanitanya berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Dia kemudiannya menyerang Xiao Tian dan mengunci wanita itu di dalam bilik tidur.

Pada keesokan harinya, dia membeli cawat besi berkunci itu menerusi internet dan mengarahkan teman wanitanya yang berumur 21 tahun memakainya ketika pergi bekerja setiap hari.

Setiap malam apabila Xiao Tian pulang dari bekerja, dia akan memeriksa cawat besi berkunci itu dengan teliti untuk memastikan ia tidak dibuka sepanjang ketiadaannya. Dia amat marah apabila menemui tanda-tanda kunci pada cawat itu telah diumpil dan dibuka menyebabkan dia hilang kawalan dan mula menyerang gadis itu.

Dia mengikat tangan dan kaki Xiao Tian dan mengurung wanita itu dalam tempoh yang agak lama sehingga menyebabkan wanita itu hampir mengalami tekanan mental dalam tempoh dia dikurung.

Pada 23 Ogos, Xiao Tian berjaya melonggarkan tali yang digunakan untuk mengikat tangannya. Beliau menulis nota yang berbunyi “tolong saya” dan mencampakkannya keluar dari tingkap. Ada orang yang berjaya menemui nota itu dan membuat laporan polis. Polis menyerbu rumah He untuk menyelamatkan Xiao Tian dan menahan lelaki itu serta-merta.

Dia disabitkan kesalahan menyekat kebebasan teman wanita yang menyalahi undang-undang dan dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Daerah Rakyat Qingyang di Chengdu baru-baru ini.



Sumber: Free Malays